Saturday, August 23, 2014



Gadis-gadis kini,
banyaknya lebihkan rasa hati,
tentang lelaki rasanya menjadi-jadi,
kalau fasa transisi daku mengerti,
namun sudah suku abad kini,
masih terkinja aahhh serupa itik serati.



Februari 14, 2014

Thursday, July 3, 2014

CELAKA

dalam aku terjingkit-jingkit mencari-cari erti empunya diri,
aku bertambah khuatir,

manusia ini,
ukuran berjayanya ukuran harta benda.

mengejarnya itu, 
tercicir menampal kecelakaan hati.

mendapatnya itu, 
lalu berubah tempat memijak kaki.

runsing. sesak nafas aku.

Wednesday, June 25, 2014

wandering

entahkan apa yang aku mahu sebenarnya.
di usia menghinjak angka lebih besar,
aku patut rasa lebih malu dengan diri sendiri, dengan pencipta agung, dengan pelusuk segenap makhluk,
atau aku sebenarnya tidak tahu malu?
atau pura-pura berasa malu?
rasa yang membeku di jiwa ini tidaklah mencengkam pun,
tidaklah juga merobek-robek, mencarik sehingga bersepai.
lebih kepada mengecut, membusuk, menghitam dihurung penyakit yang tidak pasti. 
entahlah sehingga tanah menutup kain kafanku,
baru aku mahu meronta-ronta memanggil tuhan, gamaknya.

bangunlah kau ini Farhah!

Tuesday, September 18, 2012

Friday, August 10, 2012

apa

kau nak apa sebenarnya?
apa yang kau nak sebenarnya?

p/s: semak!