Wednesday, June 25, 2014

wandering

entahkan apa yang aku mahu sebenarnya.
di usia menghinjak angka lebih besar,
aku patut rasa lebih malu dengan diri sendiri, dengan pencipta agung, dengan pelusuk segenap makhluk,
atau aku sebenarnya tidak tahu malu?
atau pura-pura berasa malu?
rasa yang membeku di jiwa ini tidaklah mencengkam pun,
tidaklah juga merobek-robek, mencarik sehingga bersepai.
lebih kepada mengecut, membusuk, menghitam dihurung penyakit yang tidak pasti. 
entahlah sehingga tanah menutup kain kafanku,
baru aku mahu meronta-ronta memanggil tuhan, gamaknya.

bangunlah kau ini Farhah!

No comments: